Perujian Memanah MUQTI Semenyih 2024 (ONLINE)

Tarikh

:

8 Mac 2024 hingga 10 Mac 2024

Hari

:

Jumaat hingga Ahad

Masa

:

9.00am hingga 6.00pm

Lokasi

:

Lapang Sasar Sendiri

Hello & Selamat Datang

  • Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA berkata:

مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى نَفَرٍ مِنْ أَسْلَمَ يَنْتَضِلُونَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ارْمُوا بَنِي إِسْمَاعِيلَ، فَإِنَّ أَبَاكُمْ كَانَ رَامِيًا ارْمُوا

Maksudnya: “Nabi SAW telah berjalan di hadapan sekumpulan daripada suku Aslam yang sedang berlumba (dalam menunjukkan kemahiran memanah)”. Maka Nabi SAW bersabda: “Panahlah, wahai bani Ismail kerana sesungguhnya nenek moyang kamu adalah ahli dalam memanah maka panahlah”. [Riwayat al-Bukhari (2899) (3373) (3507)]

  • Daripada Uqbah bin Amir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika di atas mimbar:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ [الأنفال: 60]، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ

Maksudnya: “Dan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah)”. [Riwayat Muslim (1917)]

Berdasarkan dua hadith sahih di atas, menunjukkan saranan daripada Nabi SAW untuk kita semua mempelajari memanah.

“Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)”. [Riwayat al-Tirmizi]

Mengenai Kami

Sukan memanah ini boleh dikaitkan secara langsung dengan kekuatan hati, akal dan jasad. Seseorang yang memanah menggunakan mata hatinya menjadikannya lebih yakin dan tenang manakala akal yang fokus melahirkan pemikiran yang tajam.

Kelebihan Sukan Memanah

Membaiki Kedudukan & Keseimbangan Tangan & Mata

Memanah mampu melatih tangan dan mata ketika melakukan tugasan yang berbeza iaitu menyasarkan dan melepaskan anak panah berdasarkan penglihatan. Kesimbangan antara kedua-dua ini sangat penting untuk menjayakan sesuatu dalam sukan memanah dan badan perlu pegun untuk mencari keseimbangan.<

Tangan & Jari Menjadi Lebih Fleksibel

Tangan dan jari seseorang yang sentiasa memanah akan menjadi lebih kuat dan lebih fleksibel kerana digunakan keupayaan mereka sepenuhnya untuk membuat sasaran.

Membina Kekuatan

Memanah juga mampu membina kekuatan otot kila melakukan latihan dengan betul. Ketegangan pada bahagian otot akan berlaku sebelum pemanan melepaskan tali untuk melepaskan anak panah. Dengan latihan yang berulang, ia boleh membantu untuk pembentukan otot pada kumpulan tisu otot terutamanya di bahagian atas badan

Meningkatkan Kesabaran

Sesuatu yang akan dipelajari oleh pemanan adalah belajar erti sabar. Sukan memanah adalah sukan yang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia memerlukan fokus yang memakan masa.

Meningkatkan Tahap Fokus

Sukan memanah memerlukan fokus dan pemanah perlu menghilangkan semua ganguan dan perlu mengosongkan minda serta memerlukan fokus penuh terhadap sasaran. Dengan latihan sentiasa ia dapat membantu seseorang menghadapi situasi yang bertekanan tinggi dan masalah seharian.

Merehatkan Minda

Sukan memanah merupakan sukan yang unik, kerana dengan melakukan latihan asas memanah sahaja dapat membantu untuk menenangkan minda atau merehatkan minda. Dengan kata lain, sukan memanah ini boleh dijadikan sebagai satu rawatan alternatif untuk merehatkan minda dengan lebih sihat dan selamat.

Anda juga perlu tahu…

Secara kesimpulannya, aktiviti memanah dapat melatih dan menjadikan seseorang itu lebih positif, penyabar, tenang, berstrategi serta lebih berfikiran terbuka dan rasional untuk mengatasi masalah. Malah sukan ini juga mampu meningkatkan kecergasan fizikal terutamanya di bahagian anggota badan.

Media

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons

@Facebook

"𝘔𝑒𝘭𝑎𝘭𝑢𝘪 𝘴𝑒𝘮𝑎𝘯𝑔𝘢𝑡 𝐻𝘪𝑗𝘳𝑎𝘩, 𝑘𝘪𝑡𝘢 𝘣𝑢𝘬𝑎𝘯 𝘩𝑎𝘯𝑦𝘢 𝘣𝑒𝘳𝑢𝘣𝑎𝘩 𝘱𝑎𝘥𝑎 𝑎𝘮𝑎𝘭 𝘪𝑏𝘢𝑑𝘢ℎ, 𝘵𝑒𝘵𝑎𝘱𝑖 𝑗𝘶𝑔𝘢 𝘮𝑒𝘮𝑝𝘦𝑟𝘬𝑢𝘬𝑢𝘩 𝘧𝑖𝘻𝑖𝘬𝑎𝘭 𝘥𝑎𝘯 𝘴𝑒𝘮𝑎𝘯𝑔𝘢𝑡 — 𝑠𝘦𝑏𝘢𝑔𝘢𝑖𝘮𝑎𝘯𝑎 𝑅𝘢𝑠𝘶𝑙𝘶𝑙𝘭𝑎𝘩 𝘚𝐴𝘞 𝘮𝑒𝘯𝑔𝘢𝑛𝘫𝑢𝘳𝑘𝘢𝑛 𝑢𝘮𝑎𝘵𝑛𝘺𝑎 𝑢𝘯𝑡𝘶𝑘 𝑏𝘦𝑙𝘢𝑗𝘢𝑟 𝑚𝘦𝑚𝘢𝑛𝘢ℎ, 𝘴𝑒𝘣𝑎𝘨𝑎𝘪 𝘴𝑖𝘮𝑏𝘰𝑙 𝑘𝘦𝑡𝘢𝑛𝘨𝑘𝘢𝑠𝘢𝑛, 𝘬𝑒𝘴𝑎𝘣𝑎𝘳𝑎𝘯 𝘥𝑎𝘯 𝘬𝑒𝘬𝑢𝘢𝑡𝘢𝑛 𝑢𝘮𝑚𝘢ℎ."

Salam Maal Hijrah dari kami Muqti Archery.
... See MoreSee Less

𝘔𝑒𝘭𝑎𝘭𝑢𝘪 𝘴𝑒𝘮𝑎𝘯𝑔𝘢𝑡 𝐻𝘪𝑗𝘳𝑎𝘩, 𝑘𝘪𝑡𝘢 𝘣𝑢𝘬𝑎𝘯 𝘩𝑎𝘯𝑦𝘢 𝘣𝑒𝘳𝑢𝘣𝑎𝘩 𝘱𝑎𝘥𝑎 𝑎𝘮𝑎𝘭 𝘪𝑏𝘢𝑑𝘢ℎ, 𝘵𝑒𝘵𝑎𝘱𝑖 𝑗𝘶𝑔𝘢 𝘮𝑒𝘮𝑝𝘦𝑟𝘬𝑢𝘬𝑢𝘩 𝘧𝑖𝘻𝑖𝘬𝑎𝘭 𝘥𝑎𝘯 𝘴𝑒𝘮𝑎𝘯𝑔𝘢𝑡 — 𝑠𝘦𝑏𝘢𝑔𝘢𝑖𝘮𝑎𝘯𝑎 𝑅𝘢𝑠𝘶𝑙𝘶𝑙𝘭𝑎𝘩 𝘚𝐴𝘞 𝘮𝑒𝘯𝑔𝘢𝑛𝘫𝑢𝘳𝑘𝘢𝑛 𝑢𝘮𝑎𝘵𝑛𝘺𝑎 𝑢𝘯𝑡𝘶𝑘 𝑏𝘦𝑙𝘢𝑗𝘢𝑟 𝑚𝘦𝑚𝘢𝑛𝘢ℎ, 𝘴𝑒𝘣𝑎𝘨𝑎𝘪 𝘴𝑖𝘮𝑏𝘰𝑙 𝑘𝘦𝑡𝘢𝑛𝘨𝑘𝘢𝑠𝘢𝑛, 𝘬𝑒𝘴𝑎𝘣𝑎𝘳𝑎𝘯 𝘥𝑎𝘯 𝘬𝑒𝘬𝑢𝘢𝑡𝘢𝑛 𝑢𝘮𝑚𝘢ℎ.

Salam Maal Hijrah dari kami Muqti Archery.

Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan memberi makna yang mendalam dalam hidup kita semua.

Ikhlas daripada Pengurusan KMT Muqti.
... See MoreSee Less

Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan memberi makna yang mendalam dalam hidup kita semua.

 Ikhlas daripada Pengurusan KMT Muqti.

... See MoreSee Less